Monday, October 09, 2006

 

Acceptable Logic?

‘GRO asing hanya untuk pegawai dagang luar negara’

Oleh Kassim Sangi

Daily Express, Selasa 3 Oktober 2006

Labuan: Dakwaan kononnya tindakan pihak berkuasa tempatan(PBT) membenarkan pusat hiburan disini mengambil pekerja wanita asing telah menjadikan pulau ini sebagai syurga bagi pegawai perhubungan (GRO) asing, adalah tidak benar.

Anggota Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, GRO asing itu hanyalah untuk menampung pegawai dagang yang bekerja di sini.

Beliau menjelaskan, Labuan mempunyai beribu-ribu pegawai dagang asing yang keluar masuk setiap bulan sama ada bekerja di syarikat berkaitan Gas dan Petroleum atau syarikat yang beroperasi di pulau ini.

Suhaili berkata, adalah jelas yang para pegawai dagang itu akan mencari tempat untuk berhibur setelah bekerja keras sepanjang hari.

“Dan kita perlu menyediakan tempat seperti itu untuk mereka. Ia hanyalah tanggapan liar penduduk semata-mata dan dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada Harian Ekspres dalam satu wawancara, baru-baru ini.

Suhaili mengulas surat yang disiarkan dalamForum Harian Ekspres, baru-baru ini yang mempersoalkan rasional di sebalik tindakan GRO asing untuk bekerja di pusat hiburan tertentu di Labuan.

Penulis itu mendakwa,dengan kebenaran istimewa seperti itu, Labuan telah dibanjiri GRO asing yang boleh membawa keruntuhan rumahtangga.

Sepucuk lagi surat mendakwa GRO asing menjadi semakin berani dengan mencari pelanggan di sesetengah tempat pada waktu siang.

“Beberapa faktor membawa kita untuk menimbang sama ada hendak membenarkan pusat hiburan mengambil GRO asing,” kata Suhaili, dan menambah, antaranya ialah untuk memberikan kerja seperti itu kepada rakyat asing bukannya penduduk tempatan.

Suhaili mengulangi bahawa tindakan membenarkan gadis-gadis tempatan untuk bekerja di tempat seperti itu sudah tentu akan mendapat bantahan keras daripada ibu bapa.

“Sudah diketahui umum bahawa GRO terdedah kepada “sentuhan” oleh pelanggan terutamanya apabila mereka mabuk alkohol,” katanya, sambil menambah, dengan nilai-nilai budaya dan agama yang kuat di kalangan penduduk tempatan,maka sudah tentu ibu bapa tidak akan membenarkan perkara ini berlaku terhadap anak-anak perempuan mereka.


Comments:
Certainly, dr whoami. Thank you for dropping by.
Jesus is also mentioned in the Last Testament, which I have been reading.Could be a good read for you, too.
Take care& best wishes.
 
In a very cynical tone: what do these people take us as?? Naive? Everyone knows what actually a GRO does. It's just a polite term for prostitution! And for sure, a foreign GRO is as much a lure as a local GRO to the local men!!

Sad analogy: It's like treating a diabetic patient with a gangrenous diabetic foot. Instead of amputating the dead foot, we are conserving it, causing it to spread to the rest of the leg! Alas the whole body goes into a diabetic crisis!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?