Monday, September 25, 2006

 

17 tahun dan buta huruf!


Utusan Malaysia Online, 17 September 2006 melaporkan bahawa ada pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) yang buta huruf! Bagaimana boleh perkara sedemikian berlaku jika mereka telah melalui prosess pendidikan negara? Itulah persoalan yang berligar-ligar dalam fikiran yang waras. Menulis namapun tidak tahu? Adakah Timbalan Menteri Malaysia, yang juga bekas Menteri Pendidikan, tidak tahu keadaan buta huruf rakyatnya sebelum ini?

Apakah penyelidikan dan rancangan terperinci untuk mengatasi fenomena buta huruf di kalangan rakyat? Saya rasa, untuk mengajar anak-anak membaca bukanlah suatu kesulitan. Jika ia menjadi suatu beban dan kesulitan kepada yang bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah memastikan anak-anak boleh membaca, maka eloklah guru-guru dan pegawai-pegawai berkenaan berhenti bekerja dalam arena ini dan mencari pekerjaan lain, agar memberi laluan kepada yang benar-benar berminat untuk mendidik generasi masa depan.

Kurikulum pendidikan pra-sekolah menghendaki anak-anak boleh membaca apabila berada di tahap akan mengikuti tahun satu di sekolah-sekolah rendah. Tidakkah ada usaha-usaha penyeliaan dan pengawasan dalam membasmi buta huruf di kalangan anak-anak kecil?

Saya mendapati bahawa usaha-usaha pemulihan di peringkat sekolah rendah dilakukan di tahun dua. Saya rasa itu sudah agak lewat. Pemulihan wajar dilaksanakan di peringkat pra-sekolah lagi. Sebarang kelembapan dalam kemahiran membaca perlu ditangani lebih awal kerana umum mengetahui bahawa tahap keupayaan anak-anak untuk menggarap ilmu paling pesat ialah di antara umur 0-6 tahun.

Produk-produk dasar pendidikan negara yang buta huruf ini membawa implikasi bahawa seolah-olah tiada “synchronization” di antara jabatan pendidikan pra-sekolah, kementerian pelajaran dan kefahaman para penggubal dasar mengenai masalah buta huruf. Dengan sebab itu, dasar-dasar dan pengoperasian yang diwujudkan tidak membasmi buta huruf, bahkan mungkin meneruskannya dan ini menimbulkan tanda tanya yang mendesak di kalangan masyarakat prihatin.

Menyelitkan usaha pengislahan buta huruf dalam program-program Khidmat Negara bukanlah jalan penyelasaian yang terbaik untuk pelatih-pelatih yang buta huruf. Pakar-pakar pendidikan akan bersetuju dengan pandangan sedemikian. Jika objektifnya ialah untuk membasmi buta huruf pelatih-pelatih tersebut, suatu program yang khusus dan sepenuh masa perlu diwujudkan. Pasukan yang tinggi iltizamnya dan kesungguhannya menjadi kriteria utama dalam memastikan objektif tersebut tercapai. Model-model kejayaan dalam menjadikan anak-anak boleh membaca ada dalam masyarakat, khususnya dari institutsi swasta.

Di peringkat pendidikan anak-anak pra-sekolah, kita ingin gurunya bukan hanya setakat menjadi “nanny” pada anak-anak, tetapi itulah yang berlaku di kebanyakan institusi pra-sekolah tajaan kerajaan. Meningkatkan kelulusan akademik guru-guru tersebut belum mencukupi untuk meningkatkan usaha dalam memastikan anak-anak berjaya membaca. Apa yang lebih utama ialah kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan guru-guru agar bersedia berkorban dan bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan celik membaca di kalangan SEMUA anak-anak, dengan itu mencapai sasaran sifar buta huruf. Oh, hakikatnya kita belum ada dasar sifar buta huruf!


Comments:
Actually we are oblivious about the fact that there are many dyslexics, ADD, ADHD, slow-learners amongst our school goers. Many of them go unnoticed and I believe these people make up a good proportion of those who are unable to write or read.
Firstly our society are ignorant of these diseases. Secondly our teachers are not being trained to 'catch' these students at an early age. Couldnt care less teachers make matters worst. My personal experience with my youngest child who has some form of learning disorder made me realize that most teachers have no knowledge whatsoever regarding these conditions and even when I tried to educate them, they are not interested!
 
Jzkk for the valuable response.When I wrote the piece, I was thinking about normal children.They should be able to read by six years old.If not, then there is something wrong with the system.You are certainly right!Illnesses which u mentioned are factors which can easily affect reading ability.I teach little children almost everyday.I find them eager learners, who when given the right motivation and environment will succeed in mastering the reading skill.A few of them could not meet target because they came to me late, butut wit enuf time, they shud pass the challenge, and be able to read.I think the problem lies in the policy design.There is no intergrated approach to solving the problem, so valuable inputs from other sectors like the medical profession may just be ignored.There are more than 160,000, in one report,of year 2 student who cannot read and write properly.Why are teachers directed only to "rehabilitate" these children is beyond my comprehension.The problem shud hv been detected at kindergarten level and promptly soleved.Dear dith, speaking of the system is a sombre subject.In other countries, dyslexics, ADD, ADHD, slow-learners are extensively discussed even among parents, and help & solutions vigorously sought.Thats not the culture here.What's the ratio like for a medical expert(or any expert for that matter) to the population?1:200,000?or worse?And to read and hear some policy makers talking about "pendidikan bertaraf global"...
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?